DOA

Kiera Rashid | 8/04/2011 08:40:00 PM | 2Comments |
pengertian DOA :
doa bereti memohaon atau meminta sesuatu yang baik saripada Allah SWT yang maha pemurah dan mencegah atau menghindarkan diri dari sesuatu yang memudaratkan.

Allah SWT menyuruh orang-orang islam berdoa atau meminta sesuatu kepadaNya seperti firman yang bermaksud: "berdoalah kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.sesungguhnya orang-orang yang sombong,takbur daripada beribadat dan berdoa kepada Ku,akan masuk neraka menjahanam dalam keadaan hina."(Surah Al-Mu'min60)

syarat-syarat doa dimakbulkan( insyallah dengan izinNya ) :
menjauhi perkara mungkar dan bermaksiat ketika berdoa.
menepati adap-adap serta rukun-rukun berdoa.
melakukan kebajikan sebelum dan selepas berdoa.
menyakini kepada Allah SWT bahawa setiap doa akan diperkenankan oleh Nya sama ada secara segera atau bertangguh sesungguhnya Allah maha adil.
 berdoa bukan untuk tujuan maksiat atau kederhakaan terhadap Allah SWT .
 bukan berdoa terhadap perkara yang mustahil diperolehi.
 berdoa dengan penuh keihlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.
 hendaklah melaksanakan segala tuntutan Allah SWT dan mencegah kemungkaranNya.
 permohonan hendaklah dihadapkan dan dituntut daripada Allah SWT semata-mata
 berusaha dan beriktihar selaras dengan apa yang didoakan.Contoh: seseorang yang memohon supaya               dimurahkan rezeki,mestilah berusaha dan mendapatkan rezeki yang halal semampu mungkin dan berdoa serta bertawakal tanpa rasa putus asa.

kalau kowank nak tahu , bulan Ramadan adalah bulan mustajab kita memohon doa taw ^^ ,